Apa Itu RFID? | Duduk Diam,Jangan Lari

Kebelakangan ini,Abang KL kerap bertemu jodoh dengan orang bertanya perihal apa itu RFID?

Memandangkan impian rakyat Malaysia menikmati tol percuma @ potongan harga sepanjang zaman,masih gagal sepenuhnya direalisaikan oleh pihak pemerintah.

Maka dengan ini,Abang KL  berbesar hati untuk berkongsi artikel sistem kutipan duit tol versi akhir zaman yang dipanggill RFID.

Semoga korang @ pengguna dapat membayar tol dengan lebih mudah & bertambah ikhlas 🙂

Susur-Galur Keturunan RFID

Malaysia terutamanya kawasan sekitar Lembah Klang terkenal dengan jaringan tol yang berselirat.Fasilitis yang disediakan dengan niat suci untuk memudahkan @ melancarkan perjalanan urusan seharian rakyat ini seharusnya kita hargai.

Walaubagaimana pun niat suci tersebut,telah dicemarkan dengan perangai pihak konsesi seliaan pihak pemerintah yang asyik ghairah menaikkan jumlah kutipan tol tanpa was-was.

Jumlah kutipan tol,ala-ala “wang perlindungan” yang tidak bersifat berkebajikan ini,telah menjadi beban kepada sebahagian besar penduduk ibu.

Dulu kutipan duit di tol boleh dilakukan dengan kaedah tunai sahaja.Kemudian apabila pengguna terlalu ramai,pihak tol memperkenalkan kaedah bayaran Touch’n Go.

Kepantasan pembayaran dengan kaedah Touch’N Go berbanding tunai telah menjadikan ia popular dengan sekelip mata & menjadi rebutan ramai pengguna highway.

Masalah baru pula timbul,apabila laluan tol kembali sesak walaupun telah menggunakan Touch’N Go.Antara punca kesesakan ini ialah kehadiran terlalu banyak kenderaan di atas highway pada satu-satu masa terutamanya pada musim perayaan & cuti sekolah.

Kesesakan ini juga berpunca bila pengguna lebuhraya terpaksa menunggu lama jika ada pemandu di hadapan ingin tambah nilai @ menghadapi masalah jumlah nilai tidak mencukupi(palang tak diangkat).

Rentetan dari kelemahan sistem kutipan tol yang tidak efisyen.Pihak konsesi lebuhraya telah mengambil inisiatif bagi memperkenalkan pula Smart Tag.

Secara peribadi,saya mengakui bahawa Smart Tag ialah sistem kutipan yang bagus.

Namun begitu ia,sama sekali tidak terlepas dari masalah terutamanya jika ada pemandu yang lupa menambah nilai sehingga memaksa kenderaan belakang berundur (reversed) satu per satu.

RFID Itu Apa?

Dengan perkembangan teknologi yang terkini.RFID pun muncul dengan harapan untuk mengatasi kelemahan demi kelemahan sistem kutipan terdahulu (Tunai,Touch’N Go,Smart Tag)

Persamaan antara RFID,Touch’n Go & Smart Tag ialah semua gajet ini,masih digunakan sehingga artikel ini ditulis sebagai sistem kutipan tol oleh majoriti rakyat Malaysia setiap kali melalui tol kendalian pihak konsesi(sehingga hari kiamat barangkali).

Perbezaan ketara(dari segi fizikal) antara RFID Tag VS ( Touch’n Go + Smart Tag) ialah RFID didatangkan dalam bentuk pelekat(stiker @ RFID Tag) canggih,lengkap dengan cip frekuensi radio yang terbenam rapi & di tampal samaada di cermin @ lampu depan kenderaan.

Nak Tahu Cara RFID Ini Berfungsi?

Ketika melalui tol,sebelum membolehkan palang diangkat.Pengimbas(reader antena) akan mengesan rekod,melalui frekuensi radio dari RFID Tag yang telah dilekatkan pada kenderaan sekaligus mengenakan bayaran tol yang sepatutnya dibayar.

Pengimbas mampu membaca RFID Tag dalam jarak maksima jarak 25 meter & memancarkan frekuensi radio pada julat 850 -950 MHz (masa respon 10 milisaat). 

RFID Tag akan dihubungkan kepada eWallet Touch’N Go (apps Android & iOS) yang berfungi seperti akaun prepaid (perlu & menyimpan baki dengan nilai tertentu).

Eksperimen RFID

Sehingga artikel ini ditulis,sistem kutipan tol RFID masih dalam tempoh percuma & RFID Tag boleh didapati secara PERCUMA ( terhad untuk kenderaan pendaftaran persendirian dalam Kelas 1 sahaja ).

RFID sedang diuji di kebanyakkan laluan plaza tol utama sekitar Lembah Klang seperti NKVE.AKLEH,KESAS & Tol Batu Tiga (Federal Highway).

RFID Bakal Mengganas?

Sistem RFID dijangka bakal menggantikan lorong Smart tad secara berperingkat sebelum dioperasikan sepenuhnya.

Akan datang tiada lagi plaza tol dan yang tinggal hanyalah palang pengimbas & kenangan terindah bossku.

Silap haribulan,geng-geng motosikal pun kena guna RFID Tag ini.Al-maklumlah,zaman sekarang tiada yang mustahil.

Singapura,negara jiran di sebelah J sudah lama aplikasi sistem RFID ini di semua kenderaan termasuk lori,bas,kereta & motor.

Malaysia Boleh!!

Nota Kaki :

Teringin nak tepek RFID Tag kat cermin depan kereta baru(Honda,Toyota,Perodua,Proton)?..Mai kita membawang 🙂

This entry was posted in RFID Malaysia and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.