Disclaimer : Artikel tips beli kereta baru ini,adalah sekadar pandangan peribadi saya.Para pembaca,sangat dialukan-alukan memberi maklum-balas di ruangan komen demi kebaikan bersama.
Suatu ketika dahulu,kereta sangat sinonim sebagai simbol kemewahan.Status kedudukan seseorang individu akan dipandang tinggi & mulia jika memiliki kereta.
Al-maklumlah,dengan kos pemilikan yang sangat tinggi & diimport dari luar negara.Hanya golongan bangsawan & elit sahaja yang mampu membeli kereta.
Hari ini,semuanya telah berubah.
Kereta telah menjadi keperluan hidup.Sama penting seperti keperluan hidup yang lain seperti makanan,pakaian & tempat tinggal.
Kita memerlukan kereta untuk bergerak mencari rezeki,pergi ke kuliah,balik kampung & bersiar-siar.
Maka,bukanlah menjadi suatu perkara yang ganjil sekiranya kita melihat kadangkala dalam sebuah rumah ada lebih dari 7 buah kereta(seisi keluarga).
Terdapat bermacam-macam model kereta yang terdapat dalam pasaran.Sebagai pengguna kita bebas memilih nak beli kereta baru,kereta second-hand & kereta recond.
Berikut ialah 7 perkara/tips beli kereta baru,yang harus dipertimbangkan khususnya untuk fresh graduan/individu yang nak trade-in kereta lama ke kereta baru & sesiapa yang 1st time nak beli kereta agar tidak terlepas pandang :
- Semak Kelayakan Pinjaman
- Bayaran Bulanan/Tempoh Pinjaman
- Model Kereta
- Duit Muka @ Deposit
- Petrol/Tol/Parking
- Kos Penyelengaraan (maintainance)
- Insurans/Road-Tax
Relax & tarik nafas dalam-dalam sekarang 🙂
Ok,lepas nie saya akan terangkan dengan lebih details tentang 7 perkara/tips yang saya bagitau kat atas tadi.
Semak Kelayakan Pinjaman
Pilihlah model kereta baru yang bayaran bulanannya sepadan dengan gaji anda.
Berdasarkan pendapat pakar pengurusan kewangan.Kita disyorkan berhutang,hanya 30% dari jumlah pendapatan yang kita terima setiap bulan.
Sebagai contoh :
Jika gaji bulanan $3000.Maka,jumlah hutang(kereta,rumah,dll) sepatutnya dalam lingkungan $900 sahaja(30% dari jumlah pendapatan kita)
Ukur baju di badan sendiri.
Bayaran Bulanan/Tempoh Pinjaman
Tips kedua ada kaitan dengan tips pertama tadi.
Bayaran bulanan untuk tempoh pinjaman yang lebih panjang biasanya lebih rendah.
Sebagai contoh :
Harga bulanan Myvi 1.5cc ialah $650 ( 7 tahun),tapi akan berubah menjadi lebih rendah $500 (untuk tempoh pinjaman 9 tahun)
Model Kereta
Terdapat pelbagai model kereta dalam pasaran Malaysia.
Secara umumnya,kita boleh kategorikan sebagai kereta tempatan (Proton/Perodua) & kereta import (Honda,Toyota,Recon DLL).
Harga kereta tempatan lebih rendah berbanding model import.
Namun begitu,ramai jugak berpendapat kereta import lebih berbaloi dimiliki atas faktor kualiti,ketahanan & trade-in value.
Pilihlah,kereta yang kita mampu bayar bulanan & tidak membebankan.
Duit Muka @ Deposit
Semua urusan jual-beli kereta baru tertakluk dengan Akta Jual Beli 1967 yang dikawalselia oleh pihak Bank Negara Malaysia.
Akta ini mewajibkan,pembeli membayar 10% dari harga sebenar kereta.Tujuan undang-undang ini diwujudkan ialah untuk memastikan para pembeli benar-benar mampu & layak.
Namun begitu,terdapat pengecualian untuk pembeli yang hendak membeli kereta tanpa deposit @ full loan.
Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut (Abang KL –> 013 344 5703)
Petrol/Tol/Parking
Awas!
Kita harus tidak terlepas pandang tentang lain-lain kos pemilikan kereta selain bayaran ansuran bulanan.
Maksud saya ialah seperti kos minyak(petrol),tol & parking.
Pemilik kereta yang tinggal di bandar besar biasanya menghadapi 3 cabaran.
Pertama, kesukaran untuk mendapatkan tempat letak kereta dan bayaran letak kereta yang agak mahal.
Kedua,anda juga perlu membayar tol sekiranya menggunakan lebuh raya.
Ketiga,kos petrol tetap perlu diambil kira,walaupun harganya bergantung pasaran semasa(tinggi/rendah) kerana ia merupakan kos kedua tertinggi dalam kegunaan kereta.
Ternyata,kos pemilikan kereta adalah lebih besar daripada kos pembelian kereta semata-mata.
Kos Penyelengaraan (maintainance)
Kereta baru biasanya diberi tempoh waranti sehingga 5 tahun. Dalam tempoh itu,anda perlu menyelenggara kereta di bengkel berdaftar yang dilantik oleh pengeluar kereta.
Kegagalan menyelenggara kereta di bengkel yang disahkan,boleh menyebabkan waranti kereta baru anda dibatalkan.
Biasanya kereta perlu diselenggara selepas 5,000 km ataupun 10,000 km,bagi menjamin kereta baru anda sentiasa dalam keaadaan terbaik lagi selamat.
Insurans @ Takaful/Road-Tax
Insurans/Takaful & Cukai wajib diperbaharui setiap tahun.Di bawah liberalisasi insurans kereta oleh Bank Negara Malaysia.
Pemilik kereta digalakkan membuat perbandingan dengan pelbagai syarikat insurans bagi mendapatkan tawaran terbaik.
Kadar premium insurans ditentukan oleh pelbagai faktor risiko berikut :
- Ciri-ciri keselamatan kenderaan,
- Usia kenderaan
- Rekod dispin pemandu serta kesalahan lalu lintas berbanding hanya
- Nilai diinsuranskan
- Keupayaan enjin kenderaan.
Ada pertanyaan & perlu penerangan lanjut berkenaan proses beli kereta baru?
- Roger –> 013 344 5703 (Abang KL)
- Roger –> 013 344 5703 (Abang KL)
- Roger –> 013 344 5703 (Abang KL)
Nak Lagi Senang??
-
- Wasap Jer TERUS —-> Picit Sini Yea
- Wasap Jer TERUS —-> Picit Sini Yea
- Wasap Jer TERUS —-> Picit Sini Yea