Cara Trade-In Kereta | Wajib Baca Sampai Habis

Artikel cara trade-in kereta ini,dinukilkan berdasarkan pengalaman peribadi saya,hampir 10 tahun sebagai sales advisor di salah sebuah dealer kereta terbesar di Lembah Klang | Trade In Proton | Trade In Perodua |Trade In Honda DLL

cara trade in kereta

Semoga dapat menjadi rujukan & dimanfaat bersama.

Kisah Trade-In Kereta Yang Panjang 🙂

Saya dapati,ramai customer akan trade-in kereta lama mereka dalam proses menukar ke model kereta baru.

Bagi sesetengah keluarga,upgrade ke kereta baru merupakan satu KEPERLUAN (bukan kehendak) setelah mempertimbangkan saiz keluarga yang kian membesar.

Acapkali jugak,saya bertemu dengan individu yang memang sengaja nak trade-in @ jual kereta lama mereka atas sebab-sebab ini,

  • Kereta di rumah terlalu banyak sampai nak parking pun susah
  • Nak kurangkan komitmen bulanan
  • Kereta lama tersadai & tiada orang nak pandu
  • Perlu duit segera
  • Trade in sebab nak cover duit deposit kereta baru

Tak kisahlah,apa jua alasan anda untuk trade-in kereta.Pastikan anda trade-in dengan cara yang betul.

Jangan sampai disebabkan urusan trade-in yang curang,hidup korang diselubungi kisah hitam yang berpanjangan.Saya langsung tidak berniat menakutkan korang,cuma sekadar berpesan agar lebih berhati-hati.

Baiklah,bagi memudahkan pemahaman para pembaca artikel ini.Berikut saya ringkas dulu, proses yang korang akan lalui sebelum/semasa/selepas urusan trade-in kereta.

Tolong baca sub-topik untuk details lanjut.Harap-harap otak korang boleh brain la yea..haha  :

  • Semak Baki Pinjaman @ Full Settlement (jika ada)
  • Check Harga Pasaran Semasa
  • Dapatkan Anggaran Harga Trade-In
  • Serah Kereta Lama (sayonara)
  • Terima Kereta Baru
  • Kenduri Kesyukuran

Semak Baki Pinjaman @ Full Settlement (jika ada)

Abaikan proses ini jika kereta yang anda nak trade-in tue dah habis bayar.

Jika kereta anda masih terikat hutang @ loan dengan pihak bank.Sila call @ terus walk-in ke mana-mana cawangan bank yang berkaitan untuk semak baki pinjaman terkini.

Nie contoh dialog yang korang boleh pakai,

“Salam Cik Kiah,nama panggilan saya Dol.Boleh bantu saya dapatkan baki pinjaman terkini untuk kereta saya”

Lepas bagi semua details kereta(model,no plat & nama penuh owner).Biasanya,officer bank akan bagi satu jumlah baki hutang sehingga tarikh next due date.

Kalu boleh,better minta dia tolong print-out siap-siap statement tue sebagai rujukan peribadi.

Selain call @ walk-in ke bank.Korang boleh jugak dapatkan jumlah anggaran baki hutang pinjaman kenderaan di laman web rasmi bank.

Itupun,jika korang guna online banking untuk personal account & hire-purchase account dalam akaun yang sama.

trade in kereta

Check Harga Pasaran Semasa

Harga pasaran semasa yang saya maksudkan ialah harga kereta terpakai/kereta second-hand (used car) yang dijual oleh pihak used car dealer kepada buyer.

Tujuan utama kita buat proses ini ialah bagi mendapat gambaran awal harga trade-in.Trade-In Value kereta terpakai biasanya 30% lebih rendah dari Harga Pasaran Semasa(bergantung kepada model,kondisi,milage kereta)

Korang boleh semak sendiri harga pasaran semasa melalui portal iklan automotif paling popular di Malaysia,

Pastikan korang masukkan details kereta(guna filter yang disediakan),sama-sejibik macam model kereta yang nak di tolak (trade-in).Kesilapan data silap,kadangkala boleh beri impak harga yang besar.

Rujuk salinan geran @ cover note insurans jika ragu-ragu status jantina kereta sendiri..hihi

Contoh,

  • Model : Perodua Alza EZi (Auto)
  • Kapasiti Enjin: 1500cc
  • Tahun Pengeluaran : 2014

Sukacita diingatkan,harga jualan semasa di portal iklan yang saya senaraikan di atas hanya sesuai dijadikan rujukan sahaja.

Banyak jugak kes dilaporkan,yang pengiklan tidak telus.Tahun model kereta tak sama seperti di dalam geran.Bukan semua buat macam tue tapi memang ada.

Dapatkan Anggaran Harga Trade-In

Harga trade in ialah harga yang ditawarkan oleh pihak used car kepada pemilik.Harga trade-in tidak sama @ lebih rendah dari harga pasaran semasa.

Kenapa Harga Trade-In LEBIH RENDAH Dari Harga Pasaran Semasa?

Kerana pihak used car perlu membuat profit bagi menanggung kos baik-pulih,kos touch-up,kos maintainance,kos pengiklanan,kos operasi dll sebelum mendapat pembeli baru.

Kelebihan jika berurusan dengan pihak used car ialah kita tak perlu sakit kepala @ spend masa melayan panggilan/pertanyaan via telefon,urusan loan pembeli baru,urusan puspakom & kos touch up kereta.

Nak Dapat Harga-In Kereta Tinggi?

Tentulah Boleh.

Alternatif, terbaik untuk dapat harga trade-in macam harga pasaran semasa ialah dengan mengiklan & mengurukan sendiri kereta korang di portal iklan yang saya bagitau tadi.

Opsssss..

Setakat nie korang faham tak,berkenaan proses trade-in?

Macam Mana Nak Dapat Harga Trade-In?

Setakat ini,ada beberapa cara untukkan dapatkan anggaran harga trade-in kereta lama anda.

Anggaran harga trade-in biasanya dibuat berdasarkan rekod @ history trade-in value yang terdahulu.

Pihak used car WAJIB buat live checking,untuk view kondisi sebenar kereta sebelum boleh bagi comfirmation price untuk trade-in value.

Sebab tue,harga yang diberi sebelum(via phone/gambar wasap) & selepas live checking kereta,kadangkala ada sedikit perbezaan terutamanya jika kereta pernah accident,milage terlalu tinggi,aircond tak sejuk,banyak kemek & calar-balar yang melampau.

Serah Kereta Lama (sayonara)

Kereta trade-in perlu diserah kepada pihak used car mengikut terma & syarat yang telah dipersetujui bersama.

Tiada ketetapan khusus perihal perkara ini kerana semuanya atas pertimbangan budi-bicara kedua-dua pihak.

Perunding jualan yang baik,harus membantu pelanggan mendapat kereta ganti buat tempoh singkat jika kereta lama perlu diserahkan kepada panel used car lebih awal.

Sebagai sales advisor,saya sedaya-upaya akan adjust agar customer tidak ‘patah kaki’ sehingga  sukar nak bergerak kemana-mana terutamanya bagi customer yang tiada kenderaan lain.

cara trade in kereta lama

Terima Kereta Baru

Jika semua perkara berjalan lancar seperti yang rancangkan.Sales advisor kereta baru akan menghubungi korang untuk penyerahan kereta baru.

Bertuahlah korang,jika dapat sales advisor yang baik macam saya sebab ada menyediakan perkhidmatan hantar kereta baru terus sampai depan pintu rumah/ofis(door to door)..huhu

Dah la apply loan guna wasap..tahu-tahu terus dapat kereta 🙂

Kenduri Doa Selamat & Kesyukuran

Apalah salahnya berkongsi kegembiraan kita dengan ahli keluarga terdekat di atas kehadiran ‘orang rumah baru’.

Semoga kegembiraan yang kita raikan bersama berterusan setiap kali kita bayar duit bulanan kereta selama 9 tahun..huhu

Mohon Maaf  Yea…(dari hujung rambut,sampai hujung kaki)

Dukacita dimaklumkan,

Buat masa sekarang,pihak saya TAK TERIMA urusan trade-in untuk Semua Model Kereta,tahun 2015 & ke atas kerana biasanya,baki hutang di bank masih banyak KECUALI korang memang sanggup Top-Up (untuk tutup baki hutang).

Dialu-alukan untuk ROGER saya,kalu korang nak trade-in kereta lama (yang dah habis bayar @ akan habis bayar lagi 2 tahun) sebab nak beli Kereta Baru sahaja yea.

Kalu nak trade-in kereta lama sebab nak beli kereta terpakai @ used car,pun saya tak dapat uruskan (maafkan saya lagi sekali)

      • Trade-In  –> 013 344 5703 (Abang KL)
      • Trade-In  –> 013 344 5703 (Abang KL)
      • Trade-In  –>  013 344 5703 (Abang KL)

      Nak Lagi Senang??

Nota Promosi :

Nak tahu offer terbaik jika beli kereta baru @ trade in kereta perodua dengan saya?..Mai ringankan jari-jemari dengan picit link nie –> Saudagar Kereta Baru (Honda,Toyota,Perodua,Proton,Recond,DLL)

Submit your review
1
2
3
4
5
Submit
     
Cancel

Create your own review

Promosi & Harga Kereta Baru 2023
Average rating:  
 0 reviews
This entry was posted in Trade In Kereta and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

17 Responses to Cara Trade-In Kereta | Wajib Baca Sampai Habis

                Comments are closed.