Kelas ChatGPT by Coach Khairul

Alhamdulillah..

Malam nie (4 April 2023)aku berkesempatan join kelas chatGPT yang bertemakan The Art Of Prompting anjuran Coach Khairul Ikhwan Zulkefly

Kelas yang bermula 10 malam nie berakhir lebih kurang 12.45pagi gak.

Mujur aku dah bantai tidur petang tadi.

So,tak der la rasa rabak sangat mata aku malam nie.Apatah lagi,cara penyampaian Coach Khairul memang sempoi + santai jer.

Nway,topik yang Coach Khairul tadi memang betul-betul mindblowing untuk hingusan macam aku.

Terbeliak biji mata dibuat nyer.

Honestly,

Aku memang dah lama nak tahu lebih details berkenaan ChatGPT, sebab lately selalu gak terbaca post kat fb kengkawan tentang keterujaan mereka dengan benda alah nie.

Ntah macam mana..

Tetiba last week,aku ternampak post berkenaan anjuran kelas ChatGPT dari Coach Khairul di group wasap tertutup (TAOP Waitlist)

Terus jer daftar join kelas Combo(ChatGPT & Midjourney),tanpa fikir panjang sebab aku memang serius nak meneroka perkara nie dengan lebih lanjut.

Dipendekkan cerita..

Berikut ialah beberapa point penting yang aku dapat tangkap sepanjang kelas ini berlangsung,

  • ChatGPT adalah alat yang boleh diibarat sebagai budak intern.
  • ChatGPT boleh bantu korang buat artikel untuk apa-apa topik dalam pelbagai bahasa.
  • Kualiti akhir,artikel ChatGPT bergantung kepada arahan @ prompting yang kita tulis
  • Prompting adalah satu kemahiran yang wajib dipelajari & diasah
  • ChatGPT boleh digunakan sebagai mesin wang jika bijak mengambil peluang @ cipta kerjaya baru.

Habis jer kelas tadi,

Aku terus register ChatGPT kat OpenAI.com.

Sajer nak godek-godek try yang free version 3.5 dulu.Kalu ada rezeki boleh upgrade ke version 4.0 lak.

Pastu aku pun suruh ChatGPT tulis artikel pasal Honda City Hatchback

Tak sampai 1 minit

Taraaaaaa…

Inilah hasil nyerr (rujuk screenshot di bawah gais)

Memang mantop gaisss.Nie kalu upah copywritter mau kena caj RM70++

Yang lagi best..

Apabila aku semak,dia punya originality kat plagiarismdetector.net memang 100% unik (maknanya bukan artikel kitar semula yea gaisss)

Yak..Yak..Yeahhh!

Kesimpulan,

Aku betul-betul rasa bersyukur sebab dapat join kelas ChatGPT tadi sebab Coach Khairul share semua ‘rahsia besar’ yang dia tahu berkenaan ChatGPT.

Serius!

Nilai yang aku dapat dalam sessi nie,jauh lebih tinggi dari yuran ciput yang aku keluarkan.

Personally,aku jugak dah nampak sejauh mana ChatGPT ini bakal memudahkan kerja aku especially melibatkan penulisan artikel untuk website.

Korang pun patut join supaya tak jadi katak bawah tempurung..huhu

Apa-apa hal,boleh roger terus Coach Khairul Ikhwan Zulkefly

Jangan roger aku lak kecuali ko nak beli kereta baru (Honda,Toyota,Proton,Perodua DLL)..huhu

Adius Amigosss!

cara trade in kereta

This entry was posted in chatgpt. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *