Kedai Tukang Kasut Batu Pahat – Repair & Jahit

Tukang Kasut Batu Pahat

Aku sajer nak share sedikit info dengan korang yang tengah terhegeh-hegeh macam aku cari Kedai Tukang Kasut Batu Pahat @ Repair Kasut Batu Pahat nie..huhu

Tersebutlah kisah…

Baru-baru nie aku sempena gomen umumkan kebenaran untuk rentas negeri (pasca Covid-19).Aku sekeluarga terus plan balik ziarah emak di Batu Pahat,Johor.

Semasa kat kampung ada terjumpa member lama yang ajak pi hiking Gunung Lambak,Kluang.Time tulah baru aku perasan tapak kasut hiking aku dah terkopak + tercabut.

Puas lah,meronda port abang tukang kasut Batu Pahat,yang biasa aku pernah pergi sebelum nie (area kedai serbaneka 7-11 depan The Store sebelah stesen bas ekspress BP)

Malang sungguh,

Kengkawan dia cakap abang tukang kasut tue dah pindah ke Johor Bahru.

Kalu ikutkan hati,nak jer aku beli kasut baru.

Tapi memandangkan nilai sentimental yang ada pada kasut hiking lama nie.Aku gagahi jugak cari kedai yang boleh repair @ jahit kasut Batu Pahat.

Alhamdulillah..

Dipendekkan cerita,hasil dari maklumat risikan dalaman.

Aku pun jumpalah sebuah kedai tukang kasut Batu Pahat di kawasan pekan Sri Gading (area depan Pura Kencana).

Dekat jer dari rumah mak aku.

Yang paling penting,abang tukang kasut tue telah berjaya merealisaikan keinginan dari lubuk hati aku yang paling dalam untuk repair kasut hiking kesayangan.

Murah jer pun.

Kos gam + jahit tapak sepayang kasut hanya dalam RM20.00 jer.Hantar hari nie,esok siap.

So,untuk korang yang ada masalah berkaitan kasut.Boleh terus call @ roger brader nie terus.

  • Dr Kasut –> 014 276 8856
  • Dr Kasut –> 014 276 8856
  • Dr Kasut –> 014 276 8856

Nak lagi senang?..Picit link dibawah

jahit kasut batu pahat[ Nota Penting Yang Berguna ]

Bagi memudahkan korang cari,memula just Waze “Jalan Sri Gading”.

Jika datang dari arah Bandar Batu Pahat & Ikut Jalan Kluang-Batu Pahat.Tak jauh dari Klinik Kesihatan Sri Gading,Waze akan suruh korang belok KIRI.Selepas tue,korang hanya perlu jalan terus (tak sampai pun 1 KM) & sampai.

Kedai repair kasut nie,sebelah KIRI jalan (bertentangan dengan kedai Makan Shahrudin & sebelah warung jual rojak manis & makanan goreng)

repair kasut batu pahatKorang jangan roger aku lak.

Kanggg makin jahanam kasut korang aku kerjakan macam tikus baiki labu..huhu

Lain lah,

Kalu korang n memang ada plan nak beli kereta baru (Honda,Toyota,Proton,Perodua DLL).

Memang patut lah roger aku.Sempat pulak aku menyelit iklan untuk bisnes sendiri yea..hehehe

This entry was posted in Tukang Kasut and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Kedai Tukang Kasut Batu Pahat – Repair & Jahit

  1. syukrina yahaya says:

    terima kasih info! sangat berguna

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *