Honda Malaysia meraikan kejayaan bagi model terlarisnya, yang juga model nombor satu dalam segmen B, Honda City Malaysia, yang mana jualannya kini mencecah 300,000 unit.
Sila Klik –> PROMOSI HONDA CITY TERKINI (Itupun kalu korang SERIUS nak tahu)
Populariti City di Malaysia sememangnya tidak dapat dinafikan.
Manakala, generasi keempat City ketika ini mencatatkan lebih 155,300 unit sejak dilancarkan pada 2014.
Apabila generasi keempat City yang baru dipertingkatkan dilancarkan pada Mac 2017, ia terus diterima dengan lebih 48,900 unit terjual sehingga Ogos 2018.
Honda Malaysia berkata, City menyumbang 30 peratus kepada keseluruhan jualannya dari Januari hingga Ogos 2018, dan mewakili 51 peratus bahagian pasaran dalam segmen B.
Dalam tempoh sama, jualan menunjukkan peningkatan sebanyak 16 peratus berbanding tempoh sama pada 2017.
Dengan jumlah itu, Honda Malaysia mengekalkan kedudukan sebagai peneraju dalam segmen bukan nasional dan nombor dua dalam jumlah keseluruhan industri (TIV) ketika ini.
Honda Malaysia berkata, sepanjang tempoh lapan bulan, varian E muncul sebagai model City paling laris dengan sumbangan jualan sebanyak 44 peratus manakala varian V menyumbang 33 peratus.
“Kami gembira dapat mencipta kejayaan ini melebihi jualan 300,000 unit untuk City dalam tempoh 17 tahun sejak ia mula diperkenalkan di Malaysia. Ini membuktikan kejayaan City di Malaysia,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama dalam satu kenyataan.
“Generasi keempat City adalah model terlaris di Honda dan model ini terus menerajui dalam segmen B. Pencapaian cemerlang ini tidak mungkin dicapai tanpa sokongan pelanggan kami.
“Saya ingin menghargai penghargaan dan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan dan kepercayaan mereka terhadap jenama kami dan menjadikan City menjadi pilihan mereka,” kata Ishiyama.
013 344 5703