Harga Mitsubishi Xpander Malaysia 2022

Promosi Kereta & Harga Mitsubishi Xpander

Korang tengah tercari-cari info berkaitan Harga Mitsubishi Xpander Baru ker tue?

Tak per..Usah bermuram-durja!

Rujuk jer terus details Mitsubishi Xpander Price yang saya telah sediakan di bawah..

  • Harga OTR (On The Road) Sudah Termasuk Insurans & Road-Tax
  • Pengiraan Bayaran Bulanan Jika Ada Deposit 10% & Full Loan (Tanpa Deposit) Berdasarkan Tempoh Pinjaman 9 Tahun
Harga Mitsubishi XpanderΒ 
ModelHarga OTRMonthly (Deposit 10%)Full Loan
XpanderRM 96,800RM 1,024RM 1,138

Sebelum kita,menggali maklumat Xpender dengan lebih jauh.

Rasanya,

Lebih baik saya memperkenalkan diri dulu yea..huhu

Nama panggilan saya Abang KL @ Khairul Latiff dari Team KeretaBaru.com.

Saya berpengalaman lebih 10 tahun dalam urusan jual-beli pelbagai model kereta baru termasuk Mitsubishi Xpander.

Jangan SKIP Tau!

Berikut ialah sekilas fakta yang korang patut tahu berkenaan Kereta Xpander idaman Malaya nie :

  • Kereta Xpender termasuk dalam kategori SUV (Segmen B)
  • Ada 7 Tempat Duduk Yang Empuk (Quilted Leather Seater)
  • Dijanakan Oleh EnjinΒ  1.5liter (4 Speed)
  • Kuasa Tujahan 105PS & 141 Nm Tork (4000rpm)
  • Rim Alloy Dual Tone 16″
  • Day Running Light (DRL)
  • Infotainment Touch-Screen 9″
  • Dashcam + Kamera Keliling 360-darjah
  • 2 Airbags
  • ABS
  • Isofix
Sy Ambil Xpander sebab fikir jangka panjang & Harga Mitsubishi Xpander Mampu Milik
…anak2 dah 3…sementara diorg masih sekolah ni kitalah yg bawa mereka ke mana2..jd keluasan dan keselesaan untuk famili adalah pilihan sy..
Performance atau kuasa pada sy ianya mencukupi..bila umur dah semakin meningkat ni bawa kenderaan pun lebih relax dan santai2 jer…
Penggunaan minyak pada sy memuaskn…tidaklah kuat mkn minyak..jimat kalau nk banding kereta lama sy iaitu preve…
Dari sedan ke mpv yg tinggi adalah suatu pengalaman yg baru pada sy…ianya lebih menarik rupanya…nmpk pemandangan hadapan lebih luas !
Cuma…jeng jeng jeng…
Kena bersedialah dgn beberapa isu ‘normal’ xp ni..
Lihat dan carilah post2 lain yg ada isu.
Keseluruhan pada sy xp adalah pilihan berbaloi jika anda utamakn ruang…keselesaan…gaya dan bentuk yg lain dari lain.
sudah 5bln sy pkai Xp xde msalah sbelum ni sy pkai alza kalu nk d bandingkan dgn Xp memang xleh lawanlah enjin MIVEC ni memang smooth & awesome.
Alhamdulillah dah 9 bulan pakai xp.so far ok sgt, selesa sbb ruang dia luas. Npk husband kt sebelah lebih rileks bwk xp..
Alhamdulillah..selesa untuk perjalanan jauh.. bonet luas,boleh letak macam2.. anak dekat tengah tu boleh tido tanpa gangguan.. yang blakang tu tengah bebas makan kfcΒ πŸ˜…
Bg saya..ok..asyik nk jalan2 je..maklum le,kete baru kan
✌🏽😁,setiap perjalanan di iringi dgn senyuman,yg laju2/lorak pegi dulu,kite jumpe kat traffic light
-hero x ga’duh-
lepas 3hari baru bawak si merah ni pasang tinted & coating 😘 dapat tebus voucher sa bagi mmg berbaloi, tq sa Hanisah sabar melayan kerenah kami suami isteri sampai la kami receive,memang setiap bulan sa akan update news tak kira la bulan tu ada or tak ada que keluaq walaupun sepatutnya tempoh tunggu tu tak lama dah sebelum announce PKP 😬
alhamdulillah, serius memang berbaloi penantian selama 5 bulan πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ» yg masih menunggu tu jangan berpaling percayalah memang berbaloi besaq gila seat belakang πŸ‘πŸ»
puas hati yg penting anak2 selesa..😘
Harga Mitsubishi Xpander
三菱 β€’ エクス パンダー
Ramai tanya pasal kereta baru yang saya beli ni. Saya kongsikan serba sedikit yang saya tahu dan saya alami ya. Maaf ya, saya “tulis” dengan gaya santai dan banyak gunakan tulisan ringkas. Perkongsian ni agak panjang, harap dapat baca sampai habis dengan sabar ya πŸ˜… Saya kongsikan 57 keping gambar sekali termasuk gambar-gambar Xpander di atas Cameron Highlands dan Genting Hinglands.
Ini bukan iklan daripada Mitsubishi Motors Malaysia ya 😁…hanya sedikit review/perkongsian daripada saya sebagai pengguna/pembeli produk Mitsubishi Xpander dan saya bukan Sales Advisor (SA) πŸ˜….
Selamat membaca 😊
…………….
Boleh cuba lihat beberapa video perkongsian Xpander daripada saya ya.
Jangan lupa SUBSCRIBE ya πŸ˜„
………………
Sebelum ni saya pakai Toyota Wish 1.8x yang saya beli semasa study di Jepun… TW tu dah usia 17 tahun dan masih mantap. Oleh kerana saya tertarik dengan iklan Mitsubishi Xpander ni dan telah buat “research” sendiri, maka saya yakin untuk membelinya.
Sedikit perkongsian berdasarkan apa yg sy tahu dan sedikit pengalaman sbg pengguna model Mitsubishi Xpander ni (saya tak lah mahir sangat bab kereta ni, tapi bolehlah kongsi skit apa yang saya tahu dan alami).
1.Model kereta = Harga Mitsubishi Xpander
……
2.Bil. tempat duduk = 7 seater
……
3.Xpander ni MPV ke SUV?
– Bagi saya, ianya di tengah-tengah antara MPV dan SUV tapi lebih kepada SUV kot (crossover)
……
4.Harga Mitsubishi XpanderΒ  =
*RM91,369 = tanpa sst (promosi untuk 1500 unit sahaja)
– ni harga untuk Semenanjung Malaysia…Sabah, Sarawak, Langkawi dan Labuan skit lain harganya.
*RM94K++ = dengan sst
*kedua-dua harga tak termasuk insurans
……
5.Insurans permulaan :
– Insurans baharu = lbh kurang RM2,800
– Jika guna insurans lama ncd 55% = lbh kurang RM1200-RM1500.
……
6.Cukai jalan (road tax) tahunan : RM90
……
7.Bila kereta Xpander ni mula masuk Malaysia dan bila saya buat tempahan?
– Asalnya beberapa tahun lps dah dilancarkan dan mula keluar pasaran di beberapa buah negara Asean seperti Indonesia, Filipina dan Thailand.
– Mula masuk Malaysia (dipasang di kilang Mitsubishi di Pahang) tahun 2020 (mungkin pertengahan thn ini)
– Harga rasmi Xpander diumumkan pada 5.11.2020.
– Launching (Xtravaganza) pada 20.11.2020
– Tempahan mula dibuka seawal bulan 8/9
– Saya mula buat tempahan pada 2.10, lulus loan (lou) pada 8.10, sign agreement pada 16.11 dan dpt kereta 1.12.2020 (batch awal harga tanpa sst)
*Sy dpt tahu berkenaan kereta Xpander ni pun drpd sahabat sy Mohd Syahril yang kongsikan pada waktu malam dalam masa sy dah putuskan nak beli model drpd Honda πŸ˜…. Dan, info Xpander ni juga sy terima drpd rakan satu kampus Dr. Rezawana serta sahabat, Zulkarnain Dahari.
…..
8.Ada rebate tak?
– Untuk staf kerajaan : rebate RM1600 (mungkin masih ada lagi)
– Untuk staf glc juga layak mengikut % tertentu
– Jika pernah beli/memiliki mana-mana kenderaan model Mitsubishi (termasuk keluarga), ada diskaun khas lbh kurang *RM2000.
…..
9.Harga promosi tanpa sst hanya untuk 1500 unit sahaja?
= Ya. Sekejap sahaja habis. Yang sudah terlepas akan beli dengan harga +sst lbh kurang 94k++. Namun, Mitsubishi Motor Malaysia (MMM) beri keistimewaan servis percuma selama 2 tahun.
……
10.Ada warranty tak?
= 5 tahun jaminan diberikan
……
11.Brapa cc Xpander ni?
= 1.5cc…enjin MIVEC. (Roadtax agak murah RM90 shj setahun)
……
12.Kenapa Sare pilih Xpander ni? Dan, macamana review lepas dah test drive dan dah guna beberapa hari?
– Saya pilih sebab memenuhi keperluan saya sekeluarga (anak kecil 5 orang dan perlukan ruang belakang yg luas sedikit berbanding TWish sblm ini dll).
– Review saya secara peribadi :
– Very smooth handling…rasa lebih yakin atas jalan raya
– Very nice suspension…langgarlah bonggol, atau lalu jalan tidak rata/berlubang…mmg tak terasa sgt…sedap je rasa henjutannya.
– Best masa cornering ; tak rasa “tercampak atau terbuai” dan tak rasa “bergoyang” atau bergegar jika bawa laju.
– Cabin yg “senyap”… kedap bunyi yg bagus.. ni antara kekuatan Xpander.
– Ada aircond circulator untuk penumpang di belakang…bukan setakat blower biasa tapi hawa sejuk…5 org anak sy suka sgt…happy tgk mereka tertidur dlm kesejukan πŸ˜…πŸ€²
– Seat agak tinggi, senang nak masuk terus duduk…nampak view lebih puas dan body kereta yg agak mantap…pintu pun agak tebal…sedap bunyi “dupp” apabila ditutup.
– Enjin yg senyap…gear pun smooth je.
– Aircond memang puas hati…sejuk dan rasa puas.
– 3rd row seat agak luas & selesa (better than TWish sy pakai sblm ni) & seuai juga utk org dewasa duduk dgn selesa.
– Walaupun 1.5cc, ok je lancar dan smooth je naik bukit.
– Body agak tinggi, 205mm dari aras tanah. InshaAllah banjir paras betis lepas lagi.
– Design luaran depan, blkg & sisinya unik… antara design yg cantik
– Saya suka berkayak…kayak sy yang tinggi/pjg nya 2 meter muat sumbat di dlm Xpander ni. Malah kayak anak sy pun boleh sumbat…hanya turunkan 1 kerusi di 3rd row seat dan 1 kerusi di 2nd row seat.
– Walau 2 air bag shj, keselamatan lain tetap diutamakan (sblm berlakunya kemalangan) bkn semata-mata pada airbag yg menjadi “benteng akhir” setelah kemalangan berlaku.
– Sedap bawa, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.
– Audio/sound speaker nya sedap…agak padu
– Side mirror besarrr… lebih 1 jengkal πŸ˜… puas nak tengok belakang
– Ada 360 camera, dilengkapi dashcam & android/apple player 9 inci (yang ni semua saya tak kisah sgt)
– Byk storage dlm ruang cabin ; pelbagai sudut
– Ada 3 port usb/charger.
– Saiz agak besar, tinggi dan ruang kabin yang luas khususnya tempat duduk belakang.
– Ketinggian headlamp blh diselaraskan dan ada fungsi lampu auto juga auto wiper.
– Mitsubishi terkenal dgn keluaran model kenderaan 4w dan lasak…jadi, sy yakin dgn produk Mitsubishi.
– Size tayar/rim 16 inci. spare tyre pun saiz sama (berbeza dgn kereta lama saya, saiz spare tyre lbh kecil)
– Byk ciri seperti TWish saya sblm ni terutamanya semua 2nd row dan 3rd row seat blkg boleh dilipat dan rata…dan pada 2nd row seat ada arm rest dan blh sy sorongkan kayak sy πŸ˜…
– Lampu headlamp teranggg & blh adjust ikut ketinggian yg kita nak. Sy dah test di laluan pedalaman, laluan hutan yg gelap gelita…mmg terang, alhamdulillah.
– Ada button OD pada gear untuk memotong…pickup lebih lajuu.
– Ada button auto cruise, dapat rehatkan kaki tanpa tekan minyak khususnya semasa memandu di highway.
……
13.Ada berapa model Xpander ni dan berapa jenis warna?
– Ada satu model je yang masuk. model yang dihasilkan di Malaysia adalah antara model Xpander yang terbaru dan telah diupgrade hasil daripada pemurnian model-model di 3 buah negara Asean lain.
– Ada 4 warna sahaja : merah, hitam, grey dan putih… setahu saya, warna merah, hitam dan grey antara warna yang menerima tempahan tertinggi.
……
14.Kalau nak test drive dan beli macamana?
– Pergi cari dealer mitsubishi yang berhampiran dengan tempat tinggal…sure ada Mitsubishi punya centre.
……
15.Sare tak tengok kereta lain ke?
– Ada juga…Innova, Serena, Aruz, Alza, Exora, Rush, BRV, Outlander…bahkan Vellfire pun terfikir nak beli πŸ˜… tapi, berbalik sprt mana sy yang saya katakan, semuanya ada kekuatan dan keunikan tersendiri…apa-apapun ianya tertakluk kepada keperluan kita, kemahuan dan kemampuan…perlu fikirkan jangka masa panjang dan pelbagai sudut dalam membuat keputusan… jadi, untuk keperluan sy sekeluarga, inshaAllah Xpander adalah lebih sesuai.
……
16.Macamana kos minyak? Jimat ke?
Melalui pengalaman sy,
Full tank…lbh kurang 38L-40L
= RM68-70 (Shell RON95)
= blh pergi *600-700km
*lihat gambar sy sertakan
*bergantung cara pemanduan
Klau dgn kelajuan 90-100kmj, full tank petrol (RM65-68 Shell RON95) boleh pergi 650-680km.
Rekod trip sy sblm ni,
Seremban => Cameron Highlands => Genting Highlands => Seremban
= 660km / kos petrol lbh kurang RM70-75
(7 org penumpang)
………….
17.Bukan ke ada juga org kata Xpander ni ada beberapa kelemahan/benda yang kurang puas hati?
– Sy tak mudah dengar kata org sgt, sy suka alami sendiri…test sendiri.
– Ya, mmg tak dinafikan ada shj org kata tu ini tentang Xpander…setiap kereta yang dicipta mesti ada kekuatan dan keunikan tersendiri serta kelemahan tersendiri. Tapi, kelemahan tu selagi mana benda kecil ianya tak menjadi masalah.
– Antara yg sy sering dengar rungutan pasal Xpander ni ;
i.Design diamond pada kusyen tak cantik sgt mcm corak orang lama… bagi saya ok je, yg penting kerusinya empuk…mmg sedap dan selesa. corak diamond yang timbul tu ada fungsi tersendiri ; ada ruang udara bila bdan kita rapat ke seat & membuatkan kita rasa sdap sbb seperti ada “extra sponge”…dan smua seat adalah full leather, mudah nak cuci, nak lap kalau tertumpah air dll.
ii.Saiz hand brake agak besar… tak jadi masalah, ok je malah memudahkan penggunaan hand brake…guna tenaga skit je nak tarik. kedudukan hand brake pun bukan di tengah-tengah antara pilot seat (driver) dengan co-pilot seat, tapi di bahagian tepi pilot seat. ianya tak menggangu keselesaan…malah best je letak tangan di situ.
iii.Pintu tak mantap sgt sprt model lain dan kena tutup kuat skit. bagi sy dah cukup ok tu, cuma kene tutup kuat skit je sampai bunyi “dupp”…itulah antara sebab ruang dalam cabin dia senyappp. mmg sgt puas hati.
iv.Kereta canggih tapi air bag 2 sahaja. yang ni ramai yang berkata-kata. sy pakai TWish sblm ni pun 2 je air bag, malah model lain yg bagus-bagus pun 2 air bag. Mcm ni lah… air bag kan hanya muncul selepas berlakunya kemalangan. Jadi, antara sebab air bag muncul adalah, mungkin faktor keselamatan awal pada kereta yang tidak begitu kukuh. Jadi, Mitsubishi dah cuba mantapkan perihal keselamatan…ini yg lbh utama. Dan, selain memikirkan kemunculan 2 air bag tu, kita cegah dulu dengan siap sedia ikut peraturan yakni memakai seat belt…ianya sgt penting sbb jika berlaku kemalangan, kemungkinan besar kita akan tercampak dan byk mana air bag pun tdk akan membantu sangat. Banyak je kes kanak-kanak tercampak keluar dr kereta sbb tdk dipakaikan seat belt dan tak ada childseat.
v.Xpander body besar tapi power 1.5cc je. Ni tak jadi masalah. Enjin MIVEC tu…kekuatan pada enjin dan dah diuji. 3 tahun dah digunakan di 3 negara ASEAN, boleh je tgk review di youtube…ramai org test bawa ke gunung ganang dan di Indonesia mmg byk kawasan tinggi. Ok je semua lepas…malah, Xpander di sana antara kereta yang popular dan banyak dibeli. Cuma, pengalaman saya guna dalam seminggu ni, kalau bawa di tempat agak tinggi dan nak dibandingkan power dgn kereta TWish sy pakai sblm ni, mmg TWish lagi oklah sebab 1.8cc. Untuk kegunaan di jalan biasa, dlm kawasan bandar, kampung mmg sangat-sangat sesuai dan berbaloi sgt.
Untuk sedikit kekurangan yang lain… setakat ni satu shj lah, bila redah hujan lebat, bunyi hujan di atas “bumbung” agak kedengaran juga… tapi taklah sampai bingit. Sy bandingkan dengan dengan TWish sy pakai dulu, tak brapa dgr sgtlah. Tapi, sprt yg sy katakan berkenaan kekedapan bunyi dr luar mmg ok sgt, agak senyap.
Ok, kepada kawan-kawan yang tinggal di N9, jika nak tahu lbh lanjut kereta ni, nak test drive dll, blh terus ke Premium Century Sdb Bhd (dealer Mitsubishi) di Seremban 2 (berhampiran kilang Yakult). Di situ ramai SA yang bagus-bagus. Manager dia pun sgt friendly dan bagus. Saya antara pelanggan yang dapat Xpander awal dalam N9…alhamdulillah 🀲
Masa mula-mula nak beli kereta ni, saya pun berdebar-debar sebab belum nampak depan mata dan belum test drive lagi. Tapi, lepas tengok berpuluh-puluh video review di youtube khususnya dari Indonesia dan baca banyak perkongsian review, sy jadi yakin !! Siap ada video mereka test bawa 9 penumpang naik gunung… nah, enjin 1.5cc Xpander dpt dibuktikan kemampuannya. Dan.. setelah sy test drive kereta ni masa bulan 11 hari tu, ternyata pilihan saya tepat. Mmg sama apa yang sy nyatakan pada butiran 12 di atas (kenapa saya pilih kereta Mitsubishi Xpander ini).
Dan, setelah sy dapat Xpander bermula dr 1.12 hari tu, sy dah test drive ke merata tempat juga termasuk Cameron Highlands dan Genting Highlands hingga ke puncak. Alhamdulillah, power enjin ok, taklah mengaum sangat (kemahiran kendalikan gear sangat penting), sangat selesa … alhamdulillah, puas hati…berbaloi beli. Best…best… dan best !!! πŸ’ͺπŸ€Έβ€β™‚οΈπŸ€²
– SareSensei
………………………………………….
Tambahan info berkenaan Mitsubishi Xpander yg sy dapat drpd SA Mitsubishi :
THE REAL FEATURES OF XPANDER
πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯
DESIGN
—————
-High performance & sense protection Dynamic shield
-express reliability & toughness
-LED position lamps crystal-like block to potrait a more futuristic look
-LED low & high beam headlamps for energy save and longlife expand
-signal lights
-front fog lamps at bumper
-205mm ground clearance for high seating arrangement for better road visibility
Driver side
—————–
– keyless operstion system (kos)
– japanese quality black interior design for cool & sporty feel
– details of the material & stitching
-silver trim
-sofa-like comfort premium leather seat
– instrument panel emphasize roomy & spacious inferior
– ergonomic contour premium leather seat for support passenger body posture
-leatherette electronic power steering with tilt & telescopic function
-audio button
-auto cruise control (first in class)
-high contrast meter cluster (with coloured multi- information display)
-eco driving system help drive efficiently
-small compartment for easy storage
-big, wide & high centre console with piano black panel & silver trim
– console box which hv power outlet 12v
– premium shutter type lid
– for infotainment, hv 6 speakers and equiped with 9″ touchscreen display Apple Car Play and android auto (first in class)
-equipted with all-round-monitor for around awareness of surrounding with high view so never miss
– driving video recorder (DVR)
Second & third row
——————————-
– good accessibility
-60:40 split allowed for entry & exit in 3rd row
-top class big and spaciousness comfortable seating
-flat & wide floor for extra legroom
-large headroom spaces between head and the roof
– wide second row seat which 3 passenger can seat comfortably
– large & comfortable convenience armrest
– various sized pocket
– 4 levels rear airvents
– wide 3rd row seat for 2 passengers
– seat can be arrange in various way (fully flat luggage floor)
Tailgate
————–
-LED L-Shaped tail lamps
-seperated headlamps from tail lamps for enhance safety
– LED 3rd brake light for safety while driving
– LED reverse light
– rear fog lamps
-underfloor luggage storage with dividers
Tyre, suspension & front passenger
—————————————-
– 16 inches two tone alloy wheels
– aggresive and bold character lines for better aerodynamics but for sporty feels
-high performance shock absorbers (adopted from Lancer evolution ) for maximize stability and comfort
– keyless operation system button at door handle
– instrumental panel with tray for convenience store objects
– best in class turning radius 5.2m
– diagonal front bumper design for parking convenience
– aquastic laminated front windshieldnwith soundproofing installation.
Performance
———————-
– power by 1.5L MIVEC engine
– generated output power of 105PS and 141NM torque.
– 4 speed auto transmission for smooth and easy drive
Safety
———–
1) ACTIVE SAFETY
-Antilock breaking system (ABS)
– active stability control (ASC)
– Traction control (TC)
– Hill start assist (HSA)
– Brake overide system (B.O.S)
– Rest reminder
– Emergency stop signal system (ESS)
-Electronic brake-force distribution (EBD)
– Brake assist (BA)
– Parking sensor
– All-round monitor (ARM)
– Driving video recorder (DVR)
2) PASSIVE SAFETY
– dual SRS airbags
– RISE body
– side impact door beam
– ISOFIX with top tether
– collapsible steering
– 3 point ELR seatbelt
– anti intrusion brake pedal
– pedestrian protection
NEW GENERATION CROSSOVER that combines a tough and dynamic exterior inspiring pajero sport with spacious cabin
This entry was posted in harga mitsubishi xpander and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.